Sejarah Keroncong
1. Sejarah keroncong di Indonesia
Menurut Erant Heins ( dalam Harmunah, 1987 : 7 ) sebelum abad XVI, datanglah kapal-kapal Portugis kekepulauan ini. Mereka mengadakan perhubungan perdagangan hampir diseluruh pelosok Indonesia dan mengembangkan agama katolik. Perdagangan Portugis ini hanya menggunakan kapal-kapal, tetapi menimbulkan perbudakan-perbudakan ( hamba ). Dan akhirnya meninggalakan bekas di Afrika India, Sri Lanka, Malaya (Malaysia ) yang dikenali dengan istilah Indo Portugis dan disebut pula dengan istilah “Portugis Hitam”. Orang-orang hitam ini merupakan keluarga baru yang disebut Mahardika dalam bahasa Sanskrit.
Dalam masa lampau di Eropah, orang-orang memandang bangsa Indo itu sebagai bangsa yang rendah darjatnya dan yang hanya mewarisi tabiat-tabiat tidak baik dari orang tuanya. Pendapat ini ditentang oleh ahli (pakar) dan bukti menyatakan bahwa orang yang berdarah campuran pada umumnya ulung dalam berbagai ilmu, jadi termasuklah orang yang berdarjat tinggi. Pandangan yang salah seperti diatas itulah yang mungkin mempengaruhi tabiat para ahli, sehingga mereka hanya timbul niat untuk menyelidiki apa yang dipandang asli sahaja, dan nyatalah bahwa muzik keroncong kerana sejarahnya diketepikan oleh para ahli muzikologi serta para ahli sejarah muzik ( Tobing dalam Harmunah, 1987: 8 )
Tahun 1511 bangsa Portugis dibawah pimpinan Alfonso d’ Albuquerque merebut Melaka yang waktu itu dipimpin oleh Sultan Alaudin Syah. Setelah 11 tahun berada di Melaka, maka pada tahun 1522 pedagang-pedagang Portugis melanjutkan perjalanannya ke Ternate dan Ambon dan telah singgah dibeberapa pulau. Kerana datang dari jauh mereka kesepian disebabkan berpisah dari ahli keluarganya. Untuk mengisi kesepian tersebut mereka membawa alat muzik ukulele iaitu seperti gitar kecil.. Bunyi yang keluar dari alat tersebut dan nyanyian merdu yang didendangkan oleh pedagang Portugis tersebut terasa asing dan aneh kedengarannya oleh orang-orang pribumi Nusantara, kerana orang pribumi biasa mendengar notasi pentatonik pelog dan slendro sedangkan saat itu yang mereka dengarkan notasi diatonik.
Berbekalkan hanya alat muzik ukulele yang dimulai dari muzik soliter (dimainkan seorang diri), maka berabad –abad kemudian tumbuhlah menjadi muzik keroncong yang kita kenali sekarang. Bermain alat muzik seorang menimbulkan kebosanan, sehingga mereka mulai bermain dengan kawan-kawannya dengan menambah alat muzik yang lain seperti tempurung kelapa, kentung bambu, rebana dan lain-lain. Dengan demikian alat muzik keroncong tidak wujud seperti yang ada sekarang tetapi memerlukan waktu atau evolusi yang sangat panjang.
Dari riwayat singkat tersebut, kita tidak memungkiri bahwa ada unsur muzik kerocong yang berasal dari luar ialah alat muziknya , tetapi bentuk muziknya (muzik keroncong) bukanlah bentuk muzik asing melainkan benar-benar hasil karya nenek moyang kita sendiri. Adapun terjadi adaptasi terhadap bau muzik yang datang dari luar justeru merupakan kreativiti nenek moyang kita yang patut kita hargai.
2. Sejarah Keroncong di Malaysia
Seni muzik keroncong mulai masuk ke Malaysia sekitar awal abad ini atau tepatnya sekitar tahun 1940. Muzik keroncong dibawa masuk ke negara ini oleh masyarakat orang-orang Jawa yang merantau ke daerah ini untuk berdagang, mencari pekerjaan dan sebagainya.. Para pendatang yang merupakan berbagai bangsa dan kaum ini kebanyakannya terus menetap dan bermastautin disini secara tidak disedari. Sebagaimana yang berlaku, ramai pekerja itu yang membawa keluarga mereka dan memulakan kehidupan baru dinegara yang baru.
Seperti kebanyakan para pendatang asing, selain mereka mencari nafkah, mereka juga membawa kesenian mereka. Seperti pendatang dari Sumatera Barat misalnya, mereka membawa kesenian caklempong, demikian juga pendatang dari Jawa. Pendatang dari Jawa membawa kesenian mereka berupa gamelan, wayang kulit, barongan, kuda kepang, ketoprak, silat dan juga keroncong.
Daerah-daerah yang banyak kegiatan-kegiatan seni tradisi Jawa seperti gamelan, barongan, silat dan keroncong ini adalah pastinya daerah yang banyak didatangi masyarakat Jawa seperti di negeri Johor, Perak, Selangor dan juga Pulau Pinang. Di daerah-daerah ini terutama di negeri Johor masih boleh kita jumpai persembahan-persembahan keroncong. Pada mulanya lagu-lagu yang dinyanyikan adalah lagu-lagu dari Indonesia tetapi lama kelamaan setelah perang dunia kedua ada pencipta tempatan yang mencipta lagu keroncong bercorak melayu seperti P.Ramlee Zubir Said, Johan Bahar dan banyak lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ijin nyimak gan,,, thanks
sejarah merupakan warisan bangsa yang tak dapat di lupakan, itu juga merupakan bukti-bukti akan budaya milik bangsa Indonesia.
awas tuh Malaysia mengakui musik keroncong,,,
payah Malaysia....
MENCRET.....
Loooo...........
Post a Comment